Thursday, August 2, 2012

~Transformasi Pencetus Revolusi~

Tuesday, March 27, 2012

Tempoh sah Baucar Buku 1Malaysia (RM200) 30 April 2012

(2012/03/27)
PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju melanjutkan tarikh tempoh sah penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sehingga 30 April ini untuk dimanfaatkan lebih 30,000 pelajar baru kemasukan kedua ke institusi pengajian (IPT) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan itu dibuat kerana pelajar yang baru mendaftar di IPT antara Januari hingga Mac mendakwa mereka mungkin tidak dapat menggunakan baucar berkenaan kerana tarikh lupusnya terlalu hampir iaitu Sabtu ini.
“Saya ingin menegaskan hanya pelajar mendaftar sebelum 31 Mac layak mendapat kemudahan BB1M. Mereka yang mendaftarkan selepas tarikh itu tidak layak menerima BB1M.
“Berdasarkan rekod kementerian, 1.27 juta pelajar sudah menerima 5.1 juta BB1M yang dianggar bernilai RM255 juta, termasuk mereka yang mendaftar sejak Januari lalu hingga sekarang.

“Daripada 5.1 juta baucar BB1M yang diagihkan, hanya kira-kira 50 peratus sudah diterima balik oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) daripada kedai buku untuk ditukarkan dengan wang tunai,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penghargaan Kursi Pengajian Melayu di Luar Negara di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyerahkan watikah pelantikan pemegang Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU), China, kepada Prof Dr Mohd Taib Dora.

Katanya, BB1M selebihnya mungkin masih berada di tangan pelajar atau kedai buku yang belum menunaikannya dan beliau meminta kerjasama 292 kedai buku di seluruh negara yang menyertai program itu supaya menerima baucar berkenaan walaupun tarikh lupus yang dicetak padanya ialah 31 Mac ini.
KPT juga akan mengeluarkan notis menerusi akhbar utama bagi memaklumkan kepada pemilik kedai buku dan pelajar IPT bahawa tarikh tempoh sah BB1M kini dilanjutkan sehingga 30 April ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled mengumumkan kementeriannya bercadang menubuhkan dua lagi Kursi Pengajian Melayu iaitu di Jerman dan Jepun tidak lama lagi.

Katanya, Goethe-University of Frankfurt di Jerman turut menyatakan minat untuk mengembangkan Pengajian Melayu di universiti berkenaan.

Katanya, penubuhan kursi berkenaan dicadangkan kerana Frankfurt adalah pusat perbankan serantau di Eropah, sekali gus menjadi langkah strategik bagi mempromosikan Malaysia sebagai pelopor bidang pengajian perbankan Islam pada peringkat global.



------------------------------------
Advertorial
Cermin Mata Terapi
------------------------------------

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Friday, March 23, 2012

PEMBERITAHUAN GANGGUAN BEKALAN AIR DALAM KAMPUS

PEMBERITAHUAN GANGGUAN BEKALAN AIR DALAM KAMPUS
1. HARI SABTU 24 MAC. 2012 DARI JAM 9.00 PAGI - 12.00 TGH MALAM
2. HARI AHAD 25 MAC. 2012 DARI JAM 9.00 PAGI - 12.00 TGH MALAM

Dimaklumkan disini bahawa pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis ( Bahagian Bekalan Air) melalui notis pemberitahuan Ruj. ( 45 ) JKR.Ps.W.26-62 ( Bhg. 8 ) bertarikh 21 Mac. 2012 memaklumkan bahawa gangguan bekalan air akan berlaku dalam kampus selama 2 hari disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian paip air mentah di hadapan Shell Arau dijalankan.

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Tuesday, March 13, 2012

Pre Course Registration Diploma


Pre Course Registration Diploma :]
Tarikh tutup: 13/03/2012, 11.59 PM
http://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/SPORTAL_LOGIN/index_hea.cfm

 ~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 (UiTM Perlis)

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 akan diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM / STPM / Kolej Matrikulasi / Diploma dan ibu bapa mendapatkan maklumat lanjut berhubung peluang pengajian di universiti ini. Program ini akan diadakan di UiTM Perlis pada :

Tarikh : 24 dan 25 Mac 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9:00 pagi – 5:00 petang
Tempat : Kompleks STAR, UiTM Perlis

Program ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar lepasan SPM / STPM / Diploma dan Kolej Matrikulasi serta ibu bapa mendapatkan maklumat lanjut berhubung peluang pengajian di universiti ini.

Bakal calon dinasihati agar membawa salinan keputusan peperiksaan, kad pengenalan dan sijil berkaitan agar dapat membantu memudahkan proses pemilihan program ke UiTM. Pihak UiTM turut menyediakan terminal-terminal online untuk calon-calon mengemaskini permohonan UPU masing-masing.

-Koordinator Korporat
-UiTM Perlis

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Sunday, March 11, 2012

Senarai aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar sesi November 2011 - Mac 2012

  1. Festival Ilmu (25-26 Februari 2012)
  2. Kursus Kahwin (18-19 Februari 2012)
  3. School Camp Attack 2012 (3-5 Februari 2012)
  4. Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) (27-29 Januari 2012)
  5. Forum Hijrah Satu Titik Permulaan Hidayah (18 Disember 2011)
  6. Karnival Rekreasi Rakan Muda IPT 2011 (26 November 2011)
  7. Society And Club Enrolment Day (SCED) (22 & 23 November 2011)

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~ 

Jadual Final Exam Diploma Mac 2012

Jadual Final Exam Mac 2012. Download:
http://www.pja.my/dokumen/Jadual-Final-Exam-Mac-2012-UiTM-Perlis.pdf

Selamat mengulang kaji pelajaran kepada pelajar pra dan diploma.

Selamat belajar kepada pelajar degree.

-Daripada MPP UiTM Perlis sesi 2011/12 :]

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~