Tuesday, June 28, 2011

Perkhidmatan Rawatan Pergigian Bergerak di UiTM Perlis

Fakulti Pergigian UiTM Shah Alam akan mengadakan Perkhidmatan Rawatan Pergigian Bergerak kali pertama di UiTM Perlis
Tarikh: 2 - 4 Julai 2011
Tempat: Dewan Dahlia
Masa:
2 Julai (Sabtu) bermula jam 3.00 ptg-5.00 ptg
3 Julai (Ahad) bermula jam 8.00 pagi-5.00 ptg
4 Julai (Isnin) bermula jam 8.00 pagi-12.00tgh hari
Perkhidmatan: Kepada semua pelajar dan staf UiTM (Percuma)

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Carta Aliran PEMANTAUAN SAHSIAH RUPA DIRI PELAJAR

Kami berpindah ke bilik MPP yang baru

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 UiTM,
Untuk maklumat semua, bilik MPP telah berpindah ke bilik Persatuan. Sekiranya terdapat sebarang masalah, komen, dan juga cadangan, anda boleh berhubung dengan kami di bilik MPP yang baru. ^,^

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

PERTUBUHAN KELAB MEMANAH UiTM PERLIS

Kepada pelajar yang berminat menjadi ahli kelab memanah UiTM Perlis, bolehlah memberikan butiran diri anda di Bilik MPP. Tiada Yuran penyertaan. Kursus dan kemahiran memanah akan diajar oleh pelatih pertauliahan. Jadual latihan adalah fleksible dan tidak dikenakan tindakan tatatertib.

-kami tolong promosikan..=)



~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

list

Go i-Learn Day

Pada 5 Julai 2011 (Selasa), pihak i-Learn UiTM akan mengadakan ‘Go i-Learn Day’ yang melibatkan semua pelajar baru semester 1/ part 1 di Dewan Sri Semarak. Kehadiran adalah wajib, dan pengecualian kuliah diberikan mengikut waktu yang ditetapkan dalam jadual di bawah.


SLOT
PROGRAM
JUMLAH PELAJAR
MASA PELEPASAN KULIAH
PERTAMA
(9.00AM-10.00AM)
AC110, AC120, AP120, AP121, AP122 & SR113
636 ORANG
8.00-11.00AM
KEDUA
(10.30AM-11.30AM)
AT110, AS113, AS115 & AS120
638 ORANG
9.30AM-12.00PM
KETIGA
(12.00PM-1.00PM)
BM111, BM112, BM114, CS110 & CS113
704 ORANG
11.00AM-1.00PM


~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

OPS SAHSIAH RUPA DIRI PELAJAR UiTM PERLIS

MULAI 4 JULAI 2011, SETIAP PELAJAR UiTM PERLIS YANG DIDAPATI TIDAK MEMATUHI PERATURAN SAHSIAH RUPA DIRI PELAJAR UiTM BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN TERUS RM50.

“SAHSIAH RUPA DIRI MEMBENTUK PROFESIONALISME”

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI


~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Monday, June 27, 2011

Peraturan teksi di UiTM Perlis

  1. Teksi MESTILAH melalui Pintu Pagar Jln Padang Rani (Pos B).
  2. Teksi TIDAK DIBENARKAN keluar/masuk melalui Pintu Pagar Jln Padang nyu (Pos A)
  3. Teksi juga hanya dibenarkan MENURUN/MENGAMBIL pelajar DI HENTIAN TEKSI LAMA (berhampiran kafe damai)
  4. Teksi TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk menunggu di dalam UiTM Perlis. Peruntukan masa selama 10 minit dibenarkan untuk keluar/masuk.
  5. Teksi hanya dibenarkan masuk untuk mengambil pelajar jika pelajar menelefon minta diambil di Hentian Teksi Lama.
  6. Teksi MESTI berhenti di pos pengawal dan dapatkan PAS KELUAR/MASUK teksi dan menyerahkan LESEN MEMANDU sebelum masuk ke dalam UiTM.
  7. Sebelum teksi keluar, pulangkan semula Pas Keluar/Masuk Teksi dan tuntut semula lesen memandu.
  8. Jadual keluar/masuk teksi:
Isnin - Khamis: Teksi TIDAK DIBENARKAN masuk. Turunkan pelajar di Pos B.
Jumaat –Ahad: Teksi DIBENARKAN masuk. Dari 6 pagi – 11 malam SAHAJA.
(Termasuk cuti am, cuti pertengahan semester dan cuti semester)

Tujuan arahan ini dikeluarkan adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan di dalam kampus disamping memudahkan pemantauan terhadap teksi-teksi yang keluar/masuk.

Rujukan: Memo Unit Keselamatan UiTM Perlis.

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Berita terkini dari MPP UiTM Perlis

Surat pelepasan kuliah bagi pelajar yang menghadiri pameran penyelidikan dan inovasi peringkat kebangsaan pada 24 Jun 11 (Jumaat) boleh didapati di bilik MPP. :]

==========================================================

Terima kasih kepada mahasiswa baru semester 1 yg hadir Majlis Ramah Mesra bersama Rektor UiTM Perlis.Tetapi ada sesuatu yg mengecewakan kerana ada dlm kalangan kawan2 anda yg tidak menghormati lagu UiTM dan Negaraku.Mohon supaya insiden tadi tidak berlaku lagi sekiranya anda tidak mahu dikenakan tindakan.Harap maklum,terima kasih. :]

==========================================================

Assalamualaikum dan salam 1 UiTM,
Pada malam ini (23 Jun 2011) akan diadakan perjumpaan Rektor bersama pelajar-pelajar SEMESTER 1 jam 8 malam di Star Kompleks. Pakaian adalah formal dan digalakkan untuk memakai pakaian perasmian MDS. Kehadiran semua pelajar SEMESTER 1 diwajibkan. Pastikan anda makan dan solat dahulu sebelum pergi tetapi jangan lewat. TQ .^,^

==========================================================

SALAM SATU UiTM..PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UiTM PERLIS.. PADA 21 & 22 JUN 2011, UNIT KAUNSELING DAN KERJAYA AKAN MENGANJURKAN SATU SEMINAR REMAJA YG AKAN DIADAKAN DI PUSAT ISLAM...OLEH ITU, SELURUH WARGA UiTM PERLIS DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN SEMINAR TERSEBUT...UNTUK MAKLUMAN SEMUA MAKANAN JUGA AKAN DISEDIAKAN...
program akan bermula pada pukul 7 pm - 11 pm...

==========================================================

Tarikh-tarikh penting pelajar Diploma:
Gugur/Tambah Pendaftaran Kursus (course registration) : 27 Mei - 20 Jun 2011
Tarikh Akhir Pembayaran Yuran: 29 Jun 2011
Tarikh Pengesahan (Validasi) Kursus Terdaftar: 21 Jun – 4 Julai 2011
:]
Rujukan: http://hea.uitm.edu.my/images/stories/calendars/academic/Kalendar%20Akademik%20Kump%20A%20Mei-Okt%20%202011.pdf
==========================================================

Modul 1 Diploma
Ceramah : 8.30 pagi-10.30 pagi
LDK: 11 pagi - 5 petang
Tempat: Sila rujuk papan kenyataan di HEP.
Kehadiran semua part 1 wajib kecuali SR113 yang akan ditunda ke tarikh lain. :]

==========================================================


Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera
PERHATIAN
kami di pihak MPP akan mengadakan program ICT Fair yang bertempat di anjung siswa pada 12 hingga 14 Julai 2011. Antara acara acara yang akan diadakan adalah jualan besar besaran barangan elektronik seperti laptop, aksesori komputer dan lain lain lagi. Diharap para pelajar sekalian dapat bersedia dalam menghadapi karnival yang akan datang ini. Terima kasih ^_^

==========================================================

PERHATIAN
SATU SEMINAR PELABURAN 360 HARI DAN PRODUK-PRODUK ASNB AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT :
TARIKH : 1 JULAI 2011
MASA : 3.00-5.00 PTG
TEMPAT : LT4

SEKIRANYA BERMINAT , ANDA BOLEH MEMBERIKAN NAMA ANDA DI BILIK MPP

SEKIAN TERIMA KASIH..=)

==========================================================

Assalamua’laikum. Perhatian, kepada pelajar yang menyertai program “Kasih Rakyat Menjunjung Daulat”, sila tuntut sijil anda di bilik MPP. Sekian terima kasih. :]
“Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa”

==========================================================

PERHATIAN!!!...
ZR Studio sedang mengadakan sesi fotografi di Bangunan HEP bermula pada hari ini , 14 Jun 2011 sehingga 28 Jun 2011...sesiapa yang berminat untuk menjalani sesi fotografi sila berhubung dibilik MPP...terbuka kepada semua pelajar UiTM Perlis...

==========================================================

Assalamualaikum. kepada semua warga UiTM Perlis, anda semua diingatkan supaya tidak membeli produk Linguaphone kerana terdapat laporan mngatakan syarikat tersebut dipercayai menipu pelajar dengan memaksa pelajar untuk membeli produk mereka pada harga yang tinggi. kami masih melakukan siasatan berkenaan isu ini. harap para pelajar berhati2 sebelum membuat keputusan. harap maklum.

==========================================================

PERINGATAN: Tarikh Akhir Pembayaran Yuran bagi Diploma adalah pada 29 Jun 2011. Sila bayar segera sebelum gugur taraf. :]

==========================================================

Tawaran kerja menjadi tutor.Tarikh akhir hantar borang: secepat mungkin hingga cukup 20 orang.
1.Mengajar pelajar MDAB (Pra diploma).
2.Bayaran RM4 utk 1jam.
3.Mengajar subjek mat/phy/chm/bio
4.Kelayakan CGPA 3.00 ke atas, tiada temu duga.
5.URGENT,terhad untuk 20 orang terawal sahaja
6.Yg sudah habis belajar tak boleh mohon
7.Masa mengajar adalah waktu malam, insyaAllah bln Jun mula mengajar.
8.Ambil dan hantar borang di bilik MPP dgn segera.


==========================================================

Layari http://www.facebook.com/uitmperlismpp untuk berita terkini. :]

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Monday, June 20, 2011

Seminar Pelaburan 360 Hari dan Produk-produk ASNB



~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Wednesday, June 15, 2011

Isu Kedai Runcit 2: Khabar Baik Untuk Kita

Assalamua’alaikum, salam sejahtera dan salam 1 UiTM tercinta

Setelah beberapa perjumpaan dan bual bicara yang dilakukan bersama pihak yang berkenaan, kami di pihak MPP berhasil memperoleh beberapa maklumat dan resolusi berikutan isu ketiadaan kedai runcit di UiTM Perlis tercinta ini. Prosedur pemilihan kedai ini telah lama diuar-uarkan kepada pengusaha tempatan dan kriteria-kriteria syarikat yang diusahakan oleh mereka telah diteliti bagi mengelakkan sebarang masalah yang sama dari berulang. 

Difahamkan bahawa terdapat sebilangan besar syarikat perniagaan barangan runcit telah menawarkan diri. Dengan itu, pemilihan tender bagi kedai runcit telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan dan hasilnya, kita bakal mempunyai sebuah kedai runcit dalam masa yang sangat terdekat ini (khabarnya akan beroperasi mulai minggu hadapan). Kami juga turut dimaklumkan akan wujud sebuah lagi kedai runcit yang bakal beroperasi di anjung siswa, namun hal ini masih di dalam hemah pihak penerima tender untuk memasukkan barang dan keperluan perniagaan mereka. Insya Allah si sekitar penghujung bulan Julai - Ogos ini, kedai-kedai runcit berkenaan akan mulai beroperasi.

Bilangan kedai runcit di Anjung Siswa sebenarnya terpaksa dihadkan kerana kapasiti ruang dan bilangan kedai kosong yang sedia ada di sana. Memandangkan hanya terdapat tiga buah lot kedai yang kosong di sana, makanya pihak pengurusan terpaksa membenarkan hanya dua kedai barangan runcit dibawa masuk ke dalam kampus ini dan pastinya ini adalah bagi keutamaan pelajar-pelajar yang menetap di dalam kampus ini.

Kami di pihak MPP UiTM Perlis dengan ini mengucapkan tahniah kepada para pelajar atas keprihatinan, komitmen serta kesabaran anda tentang isu ini. Tahniah juga diucapkan kepada pihak pengurusan atas keprihatinan mereka dalam menjaga kebajikan pelajar di kampus tercinta ini.

Jutaan terima kasih juga kami dahulukan kepada semua pihak yang menyokong dan membantu kami berkenaan isu ini. Semoga kita mampu untuk terus menjana idea dan keperibadian mahasiswa di masa yang akan datang. Sekali lagi ingin kami katakan, terima kasih atas kesabaran anda berkenaan isu ini.

Sekian.


Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Perlis,
Sesi 2011/2012.

Oleh: Naib Yang DiPertua MPP UiTMPerlis 11/12, Setiausaha Agung MPP UiTMPerlis 11/12

Facebook Note: http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150201979605754

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Saturday, June 11, 2011

Badge / logo baru MPP

Anda dialu-alukan untuk buat badge atau logo dan hantarkan kepada kami di emel  untuk dimasukkan ke dalam blog ini. Terima kasih. :)

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Tayangan SKRIN BESAR Piala FA

‎*KELANTAN VS TERENGGANU*
Perlawanan Akhir Piala FA 2011
Di atas permintaan ramai....Pada malam ini tayangan SCREEN BESAR akan diadakan di HEP...jemputlah ramai-ramai menyaksikan perlawanan akhir ini....!!!!!

p/s : doa-doa lah tak hujan yer...=)

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Wednesday, June 8, 2011

ISU KEDAI RUNCIT (sesi 2011/2012)

Assalamua'alaikum, salam sejahtera dan salam 1 UiTM tercinta.

Kami di pihak MPP UiTM Perlis sebenarnya telah dan sedang berusaha untuk meminta penjelasan dari pihak pengurusan. Hasilnya, di sini kami ingin memaklumkan kepada warga UiTM Perlis sekalian bahawa isu ini adalah berkaitan dengan penutupan serta merta kedai runcit caka yang terdahulu. Penutupan kedai runcit caka sebenarnya adalah hasil aduan dan ketidakpuasan pelajar-pelajar sekalian secara terus di Facebook Dato’ Naib Canselor terhadap servis dan harga barangan yang terdapat di premis berkenaan. 

Arahan penutupan dan penamatan premis Caka itu adalah sebenarnya arahan secara terus daripada beliau. Tahniah atas keprihatinan pelajar sekalian, akhirnya permasalahan dan isu kedai runcit ini berjaya diatasi. Namun masalah lain pula yang timbul. Berikutan penutupan mengejut itu, pihak pengurusan menghadapi kesukaran untuk mencari pengganti untuk menjadi pemilik kedai runcit tersebut. Proses penukaran dan pencarian pemilik baru kedai runcit di anjung siswa sebenarnya perlu menjalani beberapa prosedur yang penting (yang mana pastinya tidak dan sukar untuk dikerjakan dalam masa yang singkat). Dan prosedur yang ada juga memerlukan pihak pengurusan meneliti setiap tender yang diterima, agar pemilik yang sesuai diperolehi dan permasalahan yang sama tidak berulang. 

Untuk pengetahuan pelajar sekalian, kontrak perniagaan premis runcit caka sepatutnya tamat pada tahun hadapan. Jikalau kontrak tersebut tamat pada masa yang sepatutnya, iaitu tahun hadapan, maka tidaklah berlaku kekosongan di premis tersebut seperti yang berlaku sekarang ini. Jadi, sehingga penggantinya ditemui, kami di pihak MPP UiTM Perlis dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa penggantian dan kemasukan tender baru bagi premis runcit akan memakan masa (cepat atau lambat, mohon kesabaran dari pihak anda). Kami di MPP juga sebenarnya telah dikecam oleh pihak-pihak tertentu ekoran isu ini. Pertamanya ketika caka belum ditutup dan sekarang apabila caka ditutup dengan mengejut (tanpa pengganti). Walaupun semua urusan tersebut di luar bidang kuasa kami, namun atas tanggungjawab dan kewajipan, maka semuanya telah diberi perhatian dan kami telah pun mengetengahkan isu kedai runcit ini kepada pihak pengurusan.

Diharap dengan penerangan ini, para pelajar sekalian dapat memahami situasi yang sebenarnya melanda kampus tercinta ini. Setiap yang ingin diganti sebenarnya memerlukan masa,tenaga dan kos yang tinggi juga. Kita bukanlah universiti yang mampu mewujudkan sesuatu dengan mudah. Kami di pihak MPP sekali lagi memohon maaf atas kelewatan kami memberikan penerangan kepada anda dan seikhlasnya, kami ucapakan tahniah atas bantuan yang anda berikan dalam usaha kami membawa isu ini ke pihak atasan dahulu. Sekian, terima kasih.

Yang benar dan ikhlas,
Naib Yang DiPertua,
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perlis
Sesi 2011/2012


~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Friday, June 3, 2011

Society and Club Enrolment (SCE)

Society and Club Enrolment (SCE)




Pendaftaran persatuan dan kelab dalaman UiTM Perlis.
4 dan 5 Jun 2011
Stiker MPP disediakan

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Wednesday, June 1, 2011

Senarai nama pelajar yang tercicir kad pengenalan di UiTM Perlis.

1. HAFIZAH BINTI ABD GANI 911105-XX-XXXX
2. MOHAMAD FIRDAUS AQMAR 921027-XX-XXXX
3. WAN SYAHIRAH BINTI ZAINOL ABIDIN 891119-XX-XXXX
4. ROHAYA BINTI KHAIRI 830421-XX-XXXX
5. ROZITA BINTI AHMAD 850421-XX-XXXX
6. MUHAMMAD FAHMI ALIFF BIN ROSLAN 910925-XX-XXXX
7. MOHAMMAD FARHAN BIN MOHAMAD SABRI 880921-XX-XXXX
8. MOHD AZRUL BIN ABDULL AZIS 900213-XX-XXXX
9. MOHD RIDHUAN BIN NOR 791028-XX-XXXX
10. FADHILAH BINTI RAMLI 901216-XX-XXXX
11. MASLINDA BINTI OMAR 930730-xx-xxxx
12. NORHAZWANI BINTI ABD KARIM 910830-xx-xxxx
13. MOHAMMAD INAS BIN KAMARUZAMAN 910618-xx-xxxx
14. NORSHAFARRIZAL BIN NAWANG 851126-xx-xxxx
15. AHMAD HAFIFI BIN MOHAMAD NAWI 870914-xx-xxxx
16. MOHAMAD ZAZARIN 870118-xx-xxxx
17. ZUBAIDI BIN ROZI 860110-xx-xxxx
18. MUHAMMAD ARIFFUDDIN BIN MUHAMMAD GHAZALI 880921-xx-xxxx
19. NURUL NAJWA BINTI ROSLEE 880622-xx-xxxx
20. NOOR AZLIN BTE CHE DIN 870523-xx-xxxx
21. HAZWANI BINTI ROSLAN 860909-xx-xxxx
22. AIN HALUMMI BINTI SHAARI 880114-xx-xxxx

Kad pengenalan ini dijumpai oleh pengawal keselamatan, sekiranya lambat diambil akan dilupuskan. Sila ambil daripada Mohamad Afiza (SMS: 0125454508).

Jadual Perjalanan Bas UiTM ke CMART

 
TEMPAT
ISNIN-KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD
ANJUNG SISWA


PINTU B

 

CMART


PINTU A


TEKSI LAMA
7.00 AM
8.15 AM
9.15 AM
11.30 AM
1 PM
2 PM
3.30 PM
4.30 PM
6.30 PM
7.45 PM
10.30 PM

7.00 AM
8.15 AM
12 PM
5.30 PM
6.30 PM
7.45 PM
10.30 PM

7.15 AM
12 PM
4.30 PM
6.30 PM


7.15 AM
12 PM
4.30 PM
6.30 PM

*TEMPAT BERMULANYA MENUNGGU BAS ADALAH DI ANJUNG SISWA/MUSHROOM
**Jadual di atas tertakluk kepada pindaan-pindaan tertentu.
***Rujukan: Board NR
www.uitmperlismpp.blogspot.com                                       www.facebook.com/uitmperlismpp

PS: Ini adalah alternatif sementara tender baru kedai runcit masuk berniaga, lama atau cepat bergantung kepada peniaga tersebut yang ingin masuk.

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~