Friday, January 27, 2012

Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Persatuan Dan Kelab Dalaman UiTM Perlis

4 orang Majlis Tertinggi persatuan dikehendaki hadir taklimat malam ini.
Tempat: BK14-15
Masa: Selepas solat Isya' @ 9.00 mlm
Pakaian: Sopan
Sila bawa senarai nama dan butiran peserta yang akan menyertai KPO
Kepada MT,sila sertai group persatuan:
http://www.facebook.com/groups/191102387642843/

Jadual



~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Saturday, January 14, 2012

UiTM Perlis dalam media TV



~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Friday, January 13, 2012

Isu WiFi UiTM Perlis bahagian II serta lain-lain kemudahan makmal komputer

Masalah WiFi limited access

Masalah WiFi Streamyx yang limited access di bilik bilik bacaan memang berlaku,tetapi di sebabkan terdapat di kalangan pelajar yang masuk tapi tak log out menyebabkan di hold bandwidth serta ada yg begitu kreatif telah menukar configurasi sistem tersebut.

Kedua terdapat masalah line telefon TM. Pihak USMB telah menghubungi TM banyak kali dan mereka juga telah datang banyak kali.Namun, setelah dibaiki hari ini, Streamyx OK untuk 2 hingga 3 hari tetapi bermasalah lagi. Pihak TM juga ada memaklumkan line telefon di kawasan tersebut adalah agak usang. Mereka berjanji akan selesaikannya. Tetapi, sehingga hari ini pihak USMB terpaksa buat pemeriksaan hampir setiap hari untuk masalah ini dari semasa ke semasa disamping membuat aduan kepada pihak TM.

Masalah wifi lembab

Cadangan supaya menyekat bandwith dan lain-lain untuk mengatasi kelembapan wifi adalah di luar bidang USMB kerana bandwidth, line telefon dan line Streamyx tertakluk kepada syarikat yg terlibat. Pihak USMB hanya mampu memeriksa dan buat laporan, tetapi kerja-kerja penyelenggaraan adalah tanggujawab syarikat.

Mengenai projek WiFi berkonsepkan prabayar dan berwayar adalah dalam perancangan serta akan bercadang menggunakan syarikat YTL.Sekarang USMB sedang mengkaji beberapa syarikat lagi yang menawarkan konsep yang sama. USMB juga telah menghubungi syarikat YES dan mereka juga akan membuat siri lawatan tapak memastikan kesesuaian.Rektor pun telah maklum akan perkara ini dan beliau juga sedang mengenalpasti syarikat-syarikat yang terbaik.

Namun demikian,untuk makluman, tahun ini insyaAllah projek berkonsepkan prabayar dan berwayar UiTM bagi kolej Beringin akan dilaksanakan. InsyaAllah diharap pada masa hadapan pelajar boleh nikmati beberapa jenis capaian rangkaian.

Pembukaan makmal komputer pada waktu malam

Sekiranya keperluan agak mendesak berkenaan penggunaan internet,alternatif yang terdekat adalah membuat permohonan tempahan makmal komputer untuk dibuka pada waktu malam bagi menyelesaikan assignment atau apa-apa kerja kuliah yang penting, insyaAllah. Membuka makmal di waktu malam adalah bergantung kepada permintaan.Hal ini kerana kadang-kadang Lab dibuka tetapi tiada pelajar yang menggunakannya.

Penggunaan pencetak atau printer di makmal komputer

Untuk makluman, tonner atau dakwat printer di makmal memang sering kehabisan, contohnya baru letak seminnggu tonner telah kehabisan dakwat. Sepatutnya satu printer besar untuk 1 tonner yang mampu print sebanyak 4000 keping dan harga tonner adalah RM800. Jadi, dianggarkan sekurang-kurangnya 3/4 tonner untuk satu lab untuk satu semester. Kalau tonner untuk printer kecil mampu print sebanyak 2500 keping dan pengagihan 4/5 tonner satu lab satu semester. Tonner juga bergantung kepada stok yang berada di stor pusat. Mungkin penggunaan yang lebih berhemah perlu di pupuk di kalangan pelajar-pelajar juga.

Masalah komputer yang rosak di makmal komputer

Untuk makluman, hanya makmal komputer 11 dan 12 sahaja bukan PC sewaan dan memang PC agak uzur. PC hanya dapat digantikan pada bulan Mac 2012. Selain daripada makmal di atas, PC di dalam makmal adalah PC sewaan. Pihak UiTM hanya dibenarkan membuat intalasi perisian sahaja dan sekiranya masalah peralatan maka perlu diadukan kepada pihak syarikat yg terlibat.
Bagi perisian, pihak USMB hanya akan membuat intalasi bagi perisian yang di mohon oleh pensyarah yang mengajar mata pelajaran terlibat. Selalunya Virtual Box di install kerana terdapat perisian yang tidak dapat berfungsi dengan OS yang terkini.
~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Pengumuman jualan buku baucar & keputusan penerapan semester akhir diploma UiTM

Makluman awal: Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan, UiTM (Perlis) akan menjemput pembekal bagi mengadakan jualan buku (pembekal yang menerima baucar RM200 1Malaysia) pada tarikh berikut 18,19,20,25,26,27, 30,31 Januari dan 1 Februari 2012. Semua jualan bertempat di perpustakaan. Semoga ianya memudahkan pelajar bagi mendapat buku yang berkualiti.

=======================================================

Pengumuman keputusan kemasukan pelajar penerapan semester akhir Diploma UiTM ke program Ijazah Sarjana Muda UiTM bagi sesi Akademik Mac 2012 dijangka boleh disemak bermula 30 Januari 2012. Harap maklum..

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Wednesday, January 11, 2012

Cadangan Program MPP Sepanjang Semester November 2011 - Mac 2012

Cadangan program MPP

  1. Society And Club Enrolment (SCE) [TELAH DIJALANKAN]
  2. Karnival Rekreasi Rakan Muda IPT [TELAH DIJALANKAN]
  3. Forum Hijrah Satu Titik Permulaan Hijrah + bubur asyura [TELAH DIJALANKAN]
  4. Ceramah Outcome Base Education (OBE)
  5. Pertandingan Landskap
  6. Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)
  7. School Camp Attack
  8. Kursus Nikah Khitbah
  9. Pesta Buku

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Tuesday, January 10, 2012

Senarai kedai buku yang menerima baucar buku RM200 1Malaysia

Di pos ini kami akan update senarai buku dari masa ke semasa.Harap bersabar.

Antara senarai kedai buku yang menerima baucar buku RM200 1Malaysia
  1. Kedai buku dalam UiTM iaitu dekat Anjung Siswa 
  2. Kedai Buku Hasani. Boleh klik di sini. 
  3. Anda juga boleh beli secara online di www.kedaibuku.com.my. Cara pembelian klik di sini!
  4. Kedai buku Popular
  5. MPH Bookstore
  6. Semua kedai buku seluruh Malaysia, pastikan tanya kaunter bayaran terlebih dahulu sebelum beli untuk kepastian.
  7. Dapatkan barangan selain dari buku di www.kedaibuku.pja.my
  8. Kedai Alat Tulis QS Stationary (Berhampiran The Store Kangar tingkat atas)
  9. Pustaka Union (Berhampiran pejabat Poslaju Kangar)
  10. Pustaka Aman (Belakang Maybank Kangar) 
  11. Kedai Iqra' Books (Plaza Kangar, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar)
  12. Jujaya Stationary (dekat stesen bas Kangar, nak fotostat boleh, alat permainan ada seperti raket badminton & ping pong, ink printer, kalkulator) 
  13. Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan UiTM Perlis menjemput pembekal bagi mengadakan jualan buku (pembekal yang menerima baucar RM200 1Malaysia) pada tarikh berikut 18,19,20,25,26,27,30,31 Januari dan 1 Februari 2012. Semua jualan bertempat di perpustakaan. Semoga ianya memudahkan pelajar bagi mendapat buku yang berkualiti.
  14. TARIKH
    JUMLAH GERAI
    NAMA SYARIKAT
    18 - 20 Jan 2012
    4
    1)      Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
    2)      Refined Contour Sdn Bhd
    3)      Iqraq Books
    4)      CPS Ventures Sdn Bhd
    25 - 27 Jan
    2012
    9
    1)      Edu Resources Enterprise (3)
    2)      Landasan Maju Enterprise (2)
    3)      Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
    4)      Iqraq Books
    5)      CPS Ventures Sdn Bhd
    6)      Jendela Informasi Sdn Bhd
    30 - 31 Jan & 1 Feb 2012
    13
    1)      Edu Resources Enterprise (3)
    2)      Landasan Maju Enterprise (2)
    3)      CPS Ventures Sdn Bhd
    4)      Intrabakti Sdn Bhd
    5)      Badan Cemerlang Sdn Bhd
    6)      SyaMOZ Sdn Bhd
    7)      YPJ Publications & Distributions Sdn Bhd
    8)      Kreatif Padu Marketing
    9)      Darul Risalah Sdn Bhd
    10)    Koperasi Universiti Teknologi MARA Berhad

ALTERNATIF: Proses Tempahan Dengan Baucar Buku BB1M jika buku tersebut tidak disenaraikan dalam laman web kedaibuku.com.my
1. Senarai tajuk buku yang diperlukan
2. Emailkan kepada  sales@kedaibuku.com.my dan berikan maklumat lengkap seperti nama, alamat dan no telefon.
3. Mereka akan hubungi dengan segera.




Lain-lain kami akan update di sini kerana pihak UiTM tidak mempunyai maklumat senarai kedai buku yang mengambil bahagian untuk menukar baucar.Kami meminta para pelajar yang mempunyai maklumat supaya komen di sini kedai buku yang menerima baucar.Terima kasih atas kerjasama.

Sedikit perkongsian:
"Anda mempunyai 3 bulan untuk menukar baucar tidak perlu tergesa-gesa.Sila bertanya kepada kedai buku barang apa yang boleh ditukar dengan baucar kerana baucar juga boleh ditukarkan kepada barangan lain yang ada di kedai buku seperti alat tulis,kalkulator dan lain-lain.

Pelajar jual Baucar Buku 1Malaysia boleh dipenjara

2012/01/27
PUTRAJAYA: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarjualBaucarBuku1Malaysiabolehdipenjara/Article


PERHATIAN: Pelajar yang ada masalah disebabkan tersilap menulis nombor pelajar di atas baucar, bolehlah menulis nombor Mykad di atas baucar. Tetapi jangan potong nombor pelajar yang telah ditulis itu.

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~
------------------------------------
Here is how to get sponsored to travel London during the Olympics
 http://says.com/recommendations/samsung-olympics
------------------------------------

Monday, January 9, 2012

PENYERAHAN BAUCAR BUKU RM200 UiTM PERLIS

JADUAL PENYERAHAN BAUCAR BUKU



HARI
TARIKH
MASA
KOD PROGRAM
SELASA
10 JANUARI 2012  
9.00 pagi - 4.30 petang      
AC110,AC120,AP120,AP121,AP122,AS113,AS115,AS120,AT110
RABU  
11 JANUARI 2012  
9.00 pagi - 4.30 petang      
BM111,BM112,BM114,EC110,EC111,EC112,EC113,SR113,CS110,CS113
KHAMIS
12 JANUARI 2012        
9.00 pagi - 4.30 petang      
SEMUA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
JUMAAT
13 JANUARI 2012  
9.00 pagi - 12.00 tengah hari
SEMUA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

*Penyerahan Baucar Buku kepada pelajar UiTM Perlis akan diadakan di RUANG LEGAR KOMPLEKS STAR  
**Para pelajar dikehendaki datang sendiri dengan membawa bersama Kad Pengenalan dan Kad Pelajar.
***Pengambilan baucar ini tidak boleh diwakilkan kepada orang lain.

KELAYAKAN MENDAPAT BAUCAR BUKU

Kategori Pelajar Yang Layak Adalah Pelajar :
·         Asasi Sepenuh masa
·         Diploma Sepenuh Masa/PLK/Epjj
·         Ijazah Sepenuh Masa/PLK/SS/Epjj
·         Lepasan ijazah Sepenuh Masa/Separuh Masa
·         Sarjana Sepenuh Masa/Separuh Masa/Epjj
·         PhD Sepenuh Masa/Separuh Masa

Pelajar Yang Tidak Layak Mendapat Baucar Buku :
·         Pelajar yang telah TAMAT
·         Pelajar yang mendapat Cuti Khas (CK) pada semester berkenaan
·    Pelajar Diploma yang telah memohon penerapan ke Ijazah semester hadapan dan telah menerima tawaran
(Pelajar tidak lagi menjadi pelajar UiTM sehingga mendaftar pada Februari 2012 nanti)
·         Pelajar di Gantung Pengajian
·     Pelajar berstatus Gugur Taraf (GT) – Jika pelajar ditarik semula GT mereka layak mendapat baucar berkenaan
·         Pelajar yang telah diberhentikan
·         Pelajar yang telah Menarik Diri (MD)
·         Pelajar yang sedang menunggu untuk Konvo
·         Pelajar Professional
·         Pelajar Pra Diploma

NOTA TAMBAHAN

1. Pelajar praktikal boleh mengambil baucar tersebut di Pejabat Bendahari pada masa lain sekiranya tidak sempat untuk mengambilnya dalam minggu ini. 
Bagi pelajar praktikal yang berjauhan dari UiTM Perlis, anda perlu membuat 1 surat kepada bahagian bendahari UiTM Perlis dan nyatakan butiran terperinci disitu WAKIL anda yang akan menuntut baucar anda buku tersebut. Oleh itu, anda perlu menghantar wakil anda (rakan, staff atau sebaliknya, yang terdekat...) beserta dengan surat pengesahan dan menghantar ke bahagian bendahari UiTM Perlis.Pastikan anda dapat pengesahan dahulu baru boleh tuntut baucar tersebut.

2. Bagi pelajar yang kelasnya padat, seeloknya pelajar datang mengikut slot yang disediakan. Tetapi sekiranya terdapat kekangan seumpama itu, pelajar berkenaan boleh mengambil pada slot lain di Kompleks STAR juga. Sekiranya sepanjang tempoh agihan tersebut masih tidak berkesempatan, bolehlah ke Pejabat Bendahari.

3. Pelajar boleh menukar baucar buku di mana-mana kedai buku yang mengambil bahagian (tidak tertakluk kepada kedai buku di negeri Perlis sahaja).

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

PERMOHONAN KEMASUKAN UiTM (PENERAPAN SEMESTER AKHIR DIPLOMA UiTM KE IJAZAH SARJANA MUDA UiTM) 2012/2013

PERMOHONAN KEMASUKAN UiTM (PENERAPAN SEMESTER AKHIR DIPLOMA UiTM KE IJAZAH SARJANA MUDA UiTM) 2012/2013
·        sesi pengajian September 2012
·        telah dibuka mulai 9hb Januari hingga 10 Februari 2012
·        pelajar perlu beli no. slip di BSN (RM10.00)
·        layari http://online.uitm.edu.my utk membuat permohonan secara on-line
Fakulti
Maklumat Penerapan
Kejuruteraan Kelayakan CGPA minima utk ISM Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA)
EC220 (Shah Alam ) dan  EC221 (Pulau Pinang ) ialah 2.5 atau 2.75
Sains Geomatik Syarat siswa-siswi program Diploma AP120, AP121 & AP122 untuk layak memohon program penerapan:

·        CGPA selepas sem 3 sekurang-kurangnya 3.0
·        Boleh mohon ke program AP220 sahaja
·        Masuk ke semester 2 AP220
·        Hanya ditawarkan di UiTM Shah Alam.
Fakulti Sains Gunaan ·        keperluan CGPA yg minimum adalah 3.00
·        semester kemasukan bergantung kepada program ISM yg dipohon, ada yg boleh terus ke semester 2 ISM , tetapi ada juga yg mesti masuk ke semester 1 ISM.
·        Bukan semua program ISM   menerimapakai program penerapan ini.
Perakaunan (1) keperluan minima UiTM, CGPA > 3.0
Students must have completed diploma Semester 1, 2 & 3 and the latest news from Faculty of Accountancy Shah Alam is that they would like to increase CGPA to > 3.5

(2) ISM part 2
Fakulti Perakaunan UiTM  Perlis  akan ujudkan satu kelas jika pelajar yang berjaya ke penerapan  melebihi 13 orang.
Maknanya, mereka akan ke cawangan lain.

(3) Bachelor in Accountancy
     
at the moment DAIS students cannot enter Bachelor in Accountancy.

(4) Fast track telah ada di Shah Alam, kemasukannya ialah dari SPM
Kami, pensyarah perakaunan amat tidak menggalakkan pelajar membuat penerapan kerana banyak keburukan dari kebaikan untuk pelajar itu sendiri.
sebagai alternatif, kami akan ujudkan semula program BESTARI ....shorten Diploma dari 3 tahun ke 2 1/2 tahun.
Sains sukan Berikut adalah maklumat bagi program penerapan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi

1.        Keperluan CGPA minima untuk mohon : = / >3.00 ( CGPA akhir peperiksaan semester 3)
2.        Semester kemasukan ke program ISM :kemasukan ke semester 2 ISM
3.         Program-program  ISM mana yang boleh pohon :
Program program yang tertakluk dibawah program fakulti sahaja. Bagi FSR program yang ditawarkan ialah : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) - SR221
                           : Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) – SR223


4.        Lain-lain maklumat :
i)        Para pelajar yang memohon adalah bebas dari segala tindakan tatatertib atau kesalahan disiplin semasa pengajian diperingkat diploma.(semester 1,2 dan 3)
ii)        Para pelajar hendaklah memohon secara online melalui student portal apbila skrin penawaran dibuka.
iii)        Para pelajar yang merasakan dirinya layak dengan mengangarkan CGPA bagi peperiksaan semester 3 melebihi 3.00 adalah layak memohon.
iv)        Penawaran akan diberikan jika layak dan pelajar akan diberi pilihan menerima atau tidak. Jika menerima, sistem terus memadam nama pelajar dalam senarai pelajar Diploma sedia ada dan pelajar dikehendaki mendaftar ke kemasukan kalender ISM terdekat (akan dimaklumkan) di kampus yang ditawarkan. Bagi FSR hanya akan ditawarkan di Kampus Shah Alam.
v)        Tidak dibenarkan / tiada laluan untuk kembali ke program diploma jika sudah klik pada butang ‘terima’ penererapan ISM.
vi)        Pelajar yang layak akan menerima status taraf ‘Lulus naik taraf’ shj. (Tiada diploma).
vii)        Jika gagal di peringkat ISM tersebut maka gagalah pengajian ISM. (maka tiada diploma dan Ijazah)
viii)        Pelajar pelajar adalah digalakkan untuk berbincang dengan pensyarah juga ibu bapa sebelum membuat keputusan tersebut.
Agro-Technology 1.        CGPA minima ialah 3.0
2.        Semester kemasukan ialah Semester 2
3.        Program yang boleh dipohon ialah Ijazah Sarjana Sains (Kep.) Teknologi dan Pengurusan Perladangan
Pengurusan Perniagaan
1.        Semua pelajar program Diploma BM111, 112 dan 114 yang berada di UiTM Perlis layak memohon untuk mengikuti penerapan dengan berpandukan kepada syarat-syarat berikut:-
i)        Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.0 pada semester ketiga ii)        TIDAK pernah GAGAL atau mengulang mana-mana kod pada semester 1, 2 atau 3
iii)        Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib seperti mendapat ZZ untuk mana-mana kod ataupun digantung pengajian.
2.        Pelajar-pelajar dari BM111, BM112 dan BM114 boleh memohon untuk masuk ke mana-mana 11 program Ijazah SarjanaMuda yang ditawarkan dibawah Fakulti Pengurusan Perniagaan seperti :-
·        BM216
·        BM220
·        BM221
·        BM222
·        BM223
·        BM224
·        BM225
·        BM226
·        BM228
·        BM229
·        BM230
3.        Pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk mohon Ijazah sarjanamuda yang ditawarkan oleh  Fakulti selain Fakulti Pengurusan Perniagaan.
4.        Kampus pengajian  berdasarkan kepada tawaran.  
5.        Pelajar-pelajar yang berjaya akan ditawarkan terus ke Part 2 peringkat ijazah SarjanaMuda dan akan mendapat Ijazah Sarjanamuda dalam tempoh 2 ½ tahun.
6.        Pelajar-pelajar hanya akan mendapat pengecualian kredit untuk kod-kod universiti sahaja.  

Beli No. Slip BSN kategori PENERAPAN
Log in: Student Portal
Klik STUDENT MENU   
Klik Application for Continuation of Studies
Klik PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

------------------------------------
Here is how to get sponsored to travel London during the Olympics
 http://says.com/recommendations/samsung-olympics
------------------------------------
~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Takwim Modul Diploma UiTM Perlis Sesi Nov-Mac 2012



~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Thursday, January 5, 2012

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia RM200

Salam.Pihak UiTM Perlis baru menerima baucar bernilai 2juta utk diberikan kpd pelajar.Pada minggu ini pihak UiTM membangunkan sistem pengagihan baucar supaya pelajar tidak menerima lebih daripada sekali & utk mengelakkan kesesakan menuntut baucar.InsyaAllah mulai Isnin minggu depan pengagihan baucar secara BERPERINGKAT akan dilaksanakan & boleh dituntut di pejabat bendahari.Sila ambil perhatian & BACA NOTIS yg akan disebarkan pada minggu ini di papan2 kenyataan. :]
SILA BACA SYARAT2 tuntutan baucar & maklumat lanjut mengenai baucar di laman web KPT atau download di sini.





~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~