Monday, December 26, 2011

Isu dewan makan Hafa UiTM Perlis

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan semua, pihak MPP telahpun mengadakan mesyuarat dengan pihak HAFA dan kami telah menyuarakan semua perkara yang telah saudari2 di kompleks dahlia adukan. justeru, beberapa langkah sebagai jalan penyelesaian awal telah diambil.

1. Jika anda ragu ragu dengan harga makanan yang dikira, anda boleh memberitahu direct terus kepada cashier yang bertugas untuk mengira kembali harga makanan anda. minta penjelasan secara elok.

2. Jika rasa perkhidmatan yang diberi tidak memuaskan, tampil dan adukan ketidakpuasan hati anda kepada pihak HAFA.

2. Kualiti makanan harus setimpal dengan bayaran. oleh itu, jika anda rasa kualiti makanan anda tidak sepadan dengan harga yang perlu dibayar, beritahu pihak HAFA dan minta mereka tukar atau kira semula harga makanan anda.

Jika anda telah mengambil tindakan tindakan di atas namun tiada perubahan yang dilakukan oleh pihak HAFA dalam masa terdekat ini, sila hubungi terus pihak MPP melalui talian atau terus ke bilik MPP supaya kami boleh mengambil tindakan lebih jauh.

TQ

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

No comments:

Post a Comment