Tuesday, March 13, 2012

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 (UiTM Perlis)

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 akan diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM / STPM / Kolej Matrikulasi / Diploma dan ibu bapa mendapatkan maklumat lanjut berhubung peluang pengajian di universiti ini. Program ini akan diadakan di UiTM Perlis pada :

Tarikh : 24 dan 25 Mac 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9:00 pagi – 5:00 petang
Tempat : Kompleks STAR, UiTM Perlis

Program ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar lepasan SPM / STPM / Diploma dan Kolej Matrikulasi serta ibu bapa mendapatkan maklumat lanjut berhubung peluang pengajian di universiti ini.

Bakal calon dinasihati agar membawa salinan keputusan peperiksaan, kad pengenalan dan sijil berkaitan agar dapat membantu memudahkan proses pemilihan program ke UiTM. Pihak UiTM turut menyediakan terminal-terminal online untuk calon-calon mengemaskini permohonan UPU masing-masing.

-Koordinator Korporat
-UiTM Perlis

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

No comments:

Post a Comment