Friday, July 8, 2011

Isu baju berkolar, Kasut dan Kad Matrik

Assalamualaikum Mahasiswa UiTM Perlis..

Seperti yang kita tahu isu yang hangat dibicarakan mengenai pakaian berkolar bagi siswa dan isu kad matrix. Disini pihak MPP ingin memperjelaskan pekara yang sebenarnya, pelajar2 siswa hendaklah berpakaian berkolar dan tuck in seperti mana termaktub dalam akta sahsiah rupa diri di dalam kampus apabila menghadiri ke kuliah berurusan dengan pentadbiran, HEA, HEP dan sebagainya atau erti kata lain bergantung pada tempat.

Pelajar diberikan kelonggaran untuk memakai t-shirt round neck seperti berada di mushroom, keluar makan bersukan dan sebagainya tetapi pelajar hendaklah berada di dalam keadaan kemas menampakan diri anda sebagai mahasiswa UiTM.

Tambahan lagi, pelajar2 tidak dibenarkan memakai selipar termasuk selipar tinggi yang sering digunakan oleh pelajar Siswi. Selagi mana ia bertali seperti selipar, ia tetap dipanggil selipar. Pelajar perlulah memakai sandal atau kasut bertutup (Crocs dibenarkan).

Isu kad matrix.seperti di dalam akta 174: Kad pelajar
 
25. (1) Institusi hendaklah mengeluarkan kepada tiap-tiap pelajarnya
suatu kad pengenalan yang disebut Kad Pelajar yang mana hendaklah ada padanya foto pelajar itu dan berupa dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar.

(2) Tiap-tiap pelajar hendaklah ada Kad Pelajarnya dalam milikannya
pada setiap masa di dalam kampus dan hendaklah mengemukakannya apabila dikehendaki berbuat demikian oleh seorang orang berkuasa.

(3) Seseorang pelajar hendaklah memakai Kad Pelajarnya dengan
apa-apa cara, pada bila-bila peristiwa dan pada bila-bila masa sebagaimana yang diarahkan, dari semasa ke semasa, oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar.

Justeru itu sekiranya pelajar yang keluar makan atau sebagainya bawa sahaja kad bersama anda dan kad matrik perlulah dipamerkan sekiranya aktiviti dijalankan. Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti identiti pelajar UiTM Perlis bagi mengelak berlakunya kes2 yang tidak diingini yang dilakukan oleh orang luar.

Tujuan Ops Sahsiah rupa diri dijalankan adalah untuk mendidik dan melatih Mahasiswa UiTM menjadi Mahasiswa yang cemerlang daripada segi disiplin serta sahsiah rupa diri.

Di harap para pelajar dapat mempraktikan dalam kehidupan anda di dalam kampus mahupun di luar. Sekian terima kasih..

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

No comments:

Post a Comment