Monday, July 4, 2011

Isu WiFi di kolej kediaman

Fasa I
• Access Point (AP) / router Streamyx telah dipasang di 5 bilik bacaan kolej kediaman Beringin, Dahlia 1, Cengal 7, Kesinai 2 dan 3. Tetapi tidak sampai sebulan salah satu AP di kolej ini telah dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Hal ini telah menjadi kes polis dan masih dalam siasatan.
• Oleh itu, pihak USMB mengambil kembali semua AP tersebut. Pengambilan ini adalah sementara pemasangan sangkar pada peralatan tersebut siap dibuat oleh Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF).

Fasa II
• Fasa kedua melibatkan keseluruhan bilik bacaan kolej kediaman yang masih belum mendapat sebarang liputan rangkaian lagi dengan menggunakan provider TM - Streamyx.
• Fasa kedua Streamyx baru sahaja selesai pemasangan cabel pada minggu lepas. Untuk mengelakkan kes seperti Fasa I, pihak USMB perlu menunggu pihak BPF membuat sangkar terlebih dahulu.

Fasa III
• Fasa ketiga masih dalam proses, di mana proses ini bertujuan meluaskan coverage untuk setiap kolej dan akan terdapat coverage macam Dahlia 2 dan Resak.
Harap maklum, terima kasih. :]

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Perlis
Sesi 2011/2012


~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

No comments:

Post a Comment