Assalamua’alaikum, salam sejahtera dan salam 1 UiTM tercinta
Setelah beberapa perjumpaan dan bual bicara yang dilakukan bersama pihak yang berkenaan, kami di pihak MPP berhasil memperoleh beberapa maklumat dan resolusi berikutan isu ketiadaan kedai runcit di UiTM Perlis tercinta ini. Prosedur pemilihan kedai ini telah lama diuar-uarkan kepada pengusaha tempatan dan kriteria-kriteria syarikat yang diusahakan oleh mereka telah diteliti bagi mengelakkan sebarang masalah yang sama dari berulang.
Difahamkan bahawa terdapat sebilangan besar syarikat perniagaan barangan runcit telah menawarkan diri. Dengan itu, pemilihan tender bagi kedai runcit telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan dan hasilnya, kita bakal mempunyai sebuah kedai runcit dalam masa yang sangat terdekat ini (khabarnya akan beroperasi mulai minggu hadapan). Kami juga turut dimaklumkan akan wujud sebuah lagi kedai runcit yang bakal beroperasi di anjung siswa, namun hal ini masih di dalam hemah pihak penerima tender untuk memasukkan barang dan keperluan perniagaan mereka. Insya Allah si sekitar penghujung bulan Julai - Ogos ini, kedai-kedai runcit berkenaan akan mulai beroperasi.
Bilangan kedai runcit di Anjung Siswa sebenarnya terpaksa dihadkan kerana kapasiti ruang dan bilangan kedai kosong yang sedia ada di sana. Memandangkan hanya terdapat tiga buah lot kedai yang kosong di sana, makanya pihak pengurusan terpaksa membenarkan hanya dua kedai barangan runcit dibawa masuk ke dalam kampus ini dan pastinya ini adalah bagi keutamaan pelajar-pelajar yang menetap di dalam kampus ini.
Kami di pihak MPP UiTM Perlis dengan ini mengucapkan tahniah kepada para pelajar atas keprihatinan, komitmen serta kesabaran anda tentang isu ini. Tahniah juga diucapkan kepada pihak pengurusan atas keprihatinan mereka dalam menjaga kebajikan pelajar di kampus tercinta ini.
Jutaan terima kasih juga kami dahulukan kepada semua pihak yang menyokong dan membantu kami berkenaan isu ini. Semoga kita mampu untuk terus menjana idea dan keperibadian mahasiswa di masa yang akan datang. Sekali lagi ingin kami katakan, terima kasih atas kesabaran anda berkenaan isu ini.
Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Perlis,
Sesi 2011/2012.
Oleh: Naib Yang DiPertua MPP UiTMPerlis 11/12, Setiausaha Agung MPP UiTMPerlis 11/12
Facebook Note: http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150201979605754
Facebook Note: http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150201979605754
~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~
No comments:
Post a Comment