- Teksi MESTILAH melalui Pintu Pagar Jln Padang Rani (Pos B).
- Teksi TIDAK DIBENARKAN keluar/masuk melalui Pintu Pagar Jln Padang nyu (Pos A)
- Teksi juga hanya dibenarkan MENURUN/MENGAMBIL pelajar DI HENTIAN TEKSI LAMA (berhampiran kafe damai)
- Teksi TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk menunggu di dalam UiTM Perlis. Peruntukan masa selama 10 minit dibenarkan untuk keluar/masuk.
- Teksi hanya dibenarkan masuk untuk mengambil pelajar jika pelajar menelefon minta diambil di Hentian Teksi Lama.
- Teksi MESTI berhenti di pos pengawal dan dapatkan PAS KELUAR/MASUK teksi dan menyerahkan LESEN MEMANDU sebelum masuk ke dalam UiTM.
- Sebelum teksi keluar, pulangkan semula Pas Keluar/Masuk Teksi dan tuntut semula lesen memandu.
- Jadual keluar/masuk teksi:
Jumaat –Ahad: Teksi DIBENARKAN masuk. Dari 6 pagi – 11 malam SAHAJA.
(Termasuk cuti am, cuti pertengahan semester dan cuti semester)
Tujuan arahan ini dikeluarkan adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan di dalam kampus disamping memudahkan pemantauan terhadap teksi-teksi yang keluar/masuk.
Rujukan: Memo Unit Keselamatan UiTM Perlis.
~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~
No comments:
Post a Comment