Friday, January 13, 2012

Isu WiFi UiTM Perlis bahagian II serta lain-lain kemudahan makmal komputer

Masalah WiFi limited access

Masalah WiFi Streamyx yang limited access di bilik bilik bacaan memang berlaku,tetapi di sebabkan terdapat di kalangan pelajar yang masuk tapi tak log out menyebabkan di hold bandwidth serta ada yg begitu kreatif telah menukar configurasi sistem tersebut.

Kedua terdapat masalah line telefon TM. Pihak USMB telah menghubungi TM banyak kali dan mereka juga telah datang banyak kali.Namun, setelah dibaiki hari ini, Streamyx OK untuk 2 hingga 3 hari tetapi bermasalah lagi. Pihak TM juga ada memaklumkan line telefon di kawasan tersebut adalah agak usang. Mereka berjanji akan selesaikannya. Tetapi, sehingga hari ini pihak USMB terpaksa buat pemeriksaan hampir setiap hari untuk masalah ini dari semasa ke semasa disamping membuat aduan kepada pihak TM.

Masalah wifi lembab

Cadangan supaya menyekat bandwith dan lain-lain untuk mengatasi kelembapan wifi adalah di luar bidang USMB kerana bandwidth, line telefon dan line Streamyx tertakluk kepada syarikat yg terlibat. Pihak USMB hanya mampu memeriksa dan buat laporan, tetapi kerja-kerja penyelenggaraan adalah tanggujawab syarikat.

Mengenai projek WiFi berkonsepkan prabayar dan berwayar adalah dalam perancangan serta akan bercadang menggunakan syarikat YTL.Sekarang USMB sedang mengkaji beberapa syarikat lagi yang menawarkan konsep yang sama. USMB juga telah menghubungi syarikat YES dan mereka juga akan membuat siri lawatan tapak memastikan kesesuaian.Rektor pun telah maklum akan perkara ini dan beliau juga sedang mengenalpasti syarikat-syarikat yang terbaik.

Namun demikian,untuk makluman, tahun ini insyaAllah projek berkonsepkan prabayar dan berwayar UiTM bagi kolej Beringin akan dilaksanakan. InsyaAllah diharap pada masa hadapan pelajar boleh nikmati beberapa jenis capaian rangkaian.

Pembukaan makmal komputer pada waktu malam

Sekiranya keperluan agak mendesak berkenaan penggunaan internet,alternatif yang terdekat adalah membuat permohonan tempahan makmal komputer untuk dibuka pada waktu malam bagi menyelesaikan assignment atau apa-apa kerja kuliah yang penting, insyaAllah. Membuka makmal di waktu malam adalah bergantung kepada permintaan.Hal ini kerana kadang-kadang Lab dibuka tetapi tiada pelajar yang menggunakannya.

Penggunaan pencetak atau printer di makmal komputer

Untuk makluman, tonner atau dakwat printer di makmal memang sering kehabisan, contohnya baru letak seminnggu tonner telah kehabisan dakwat. Sepatutnya satu printer besar untuk 1 tonner yang mampu print sebanyak 4000 keping dan harga tonner adalah RM800. Jadi, dianggarkan sekurang-kurangnya 3/4 tonner untuk satu lab untuk satu semester. Kalau tonner untuk printer kecil mampu print sebanyak 2500 keping dan pengagihan 4/5 tonner satu lab satu semester. Tonner juga bergantung kepada stok yang berada di stor pusat. Mungkin penggunaan yang lebih berhemah perlu di pupuk di kalangan pelajar-pelajar juga.

Masalah komputer yang rosak di makmal komputer

Untuk makluman, hanya makmal komputer 11 dan 12 sahaja bukan PC sewaan dan memang PC agak uzur. PC hanya dapat digantikan pada bulan Mac 2012. Selain daripada makmal di atas, PC di dalam makmal adalah PC sewaan. Pihak UiTM hanya dibenarkan membuat intalasi perisian sahaja dan sekiranya masalah peralatan maka perlu diadukan kepada pihak syarikat yg terlibat.
Bagi perisian, pihak USMB hanya akan membuat intalasi bagi perisian yang di mohon oleh pensyarah yang mengajar mata pelajaran terlibat. Selalunya Virtual Box di install kerana terdapat perisian yang tidak dapat berfungsi dengan OS yang terkini.
~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

No comments:

Post a Comment