Thursday, August 25, 2011

Ucapan hari raya MPP UiTM Perlis

Assalamualaikum wbt.

Kami barisan MPP UiTM Perlis ingin mengucapkan selamat berhari raya dan selamat pulang ke kampung halaman kepada seluruh warga UiTM Perlis. Kami ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami berada di sini. Semoga sihat sejahtera disamping keluarga tersayang dan selamat kembali ke UiTM semula selepas raya. Mari manfaatkan malam-malam terakhir ini untuk beribadah di bulan Ramadhan. Semasa hari raya jangan lupa sama-sama solat hari raya dan berjimat cermat semasa musim perayaan serta puasa enam.
P/S:Jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir.
P/S/S: Jangan main mercun. :]

~Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin~

Daripada: MPP UiTM Perlis Sesi 2011/12

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Jadual perjalanan bas UiTM untuk pulang berhari raya

Jadual perjalanan bas UiTM untuk pulang ke kampung halaman.

Bayaran: Percuma :]
Tempat menunggu: Anjung Siswa
Perhentian: Stesen  kereta api Arau dan stesen bas Kangar

Khamis (25 Ogos 2011); Masa: 6.00ptg & 8.30mlm
Jumaat (26 Ogos 2011); Masa: 3.00ptg, 6.00ptg & 8.30mlm.
Sabtu (27 Ogos 2011); Masa: 6.00ptg & 8.30mlm

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Perhatian kepada pelajar NR yang naik bas

Salam. Perhatian kepada pelajar NR. Bas shuttle pada hari Sabtu dan Ahad (27 & 28) tidak disediakan. Harap maklum. TQ.

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Tuesday, August 23, 2011

Majlis berbuka puasa bersama DYMM Raja Perlis

Salam. Selamat datang kepada Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ke UiTM Perlis pada petang ini sempena majlis berbuka puasa bersama DYMM Raja & Raja Perempuan Perlis serta warga UiTM Perlis. :]


~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Jemputan Majlis berbuka puasa serta terawih bersama DYMM Tuanku Raja Perlis

Jemputan Majlis berbuka puasa serta terawih bersama DYMM Tuanku Raja Perlis
Tarikh: 24 Ogos 2011 (Rabu)
Masa: 6.30 petang
Tempat: Dewan Warisan, Kangar
Pakaian: Baju kebangsaan
...Bil. peserta: 40 orang (1 bas)
Tempat berkumpul: Pusat Islam
Masa bertolak: 6.00 petang
Berminat? Daftar nama di bilik MPP atau isi borang online:



~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Friday, August 19, 2011

Pengumuman untuk pelajar yang guna bas 23/8/11

Pada 23hb Ogos 11 ni sahaja, sempena majlis buka puasa UiTM, semua bas UiTM hanya akan berhenti di stesen teksi lama. Pelajar jangan tunggu di mushrum sebab bas tak akan guna pintu B, jadi tak akan melalui mushrum. Semua terus tunggu di tapak teksi lama.

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Thursday, August 18, 2011

Button MPP UiTM Perlis

Klik gambar untuk besarkan (Zoom)
Button MPP UiTM Perlis
1 button = RM2.70
1 set button = RM10
Dapatkan button limited edition di bilik MPP.
~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Tuesday, August 16, 2011

HEBAHAN LANTIKAN BARU KETUA PUSAT PENGAJIAN & KOORDINATOR KURSUS

MAKLUMAN HEBAHAN LANTIKAN BARU HAL EHWAL AKADEMIK (HEA)

KETUA PUSAT PENGAJIAN


Fakulti Pengurusan Perniagaan Pn. Rozihana Shekh Zain
Fakulti Perakaunan Dr. Normah Ahmad
Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Prof. Madya Dr Naimah Mohd Hussin
Fakulti Sains Gunaan
Prof. Madya Norsila Daim
Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur Sr. Sazali Mahmud
Fakulti Perladangan & Agro Teknologi En. Abdul Razak Mohd Nordin
Fakulti Sains Sukan Dr Khor Poy Hua


KOORDINATOR KURSUS PROGRAM
BM 220/BM 222/BM 223/BM 224/BM 226 En. Ja'affar Mohamad
BM 111/BM 112/BM 114 En. Mohd Noor Fawzi Baharum
AC 110/AC 120/AC 220
Pn. Salwana Selamat
CS 228/CS 113
Pn. Rohana Dollah
CS 225/CS 220/CS110
En. Jamal Othman
AP 120/  AP 121/AP 122/ AP 220
En. Che Senu Salleh
AT 220/AT 110
Prof. Madya Abdul Satar Said Asghar
SR 113/SR 220/SR221/SR 223
En. Ahmad Fikri Mohd Kassim
EC110/EC 111/EC 112/EC 113
En. Ahmad Kamal Md. Issa
AS 234/AS 225/AS 201/AS 202/AS 203
En. Sharizal Hasan
AS 113/AS 115/AS 120
Dr. Saidatulakmar Shamsuddin
Koordinator Kursus Bahasa
Cik. Norizul Azida Darus
Koordinator Kursus Undang-Undang
Dr. Rusnadewi Abdul Rashid
Koordinator Kursus Ekonomi
Prof. Madya Azman Daim
Ketua Unit CITU
Ustazah Siti Fatimah Sudin
Koordinator Unit ILQaM En. Mohamed Radzi Abd. Wahab
Koordinator Unit Program Destini Anak Bangsa -MDAB En.Abdul Rashid Sintha Madar
Koordinator Unit Pasca Siswazah
Dr Sarina Muhamad Noor
Koordinator Unit InED Prof. Madya Siti Hajar Mohd Ali
Koordinator Unit Jaminan Kualiti Akademik En. Mukhlis Nordin


~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Wednesday, August 10, 2011

Bantuan kepada pelajar miskin yang cemerlang oleh YaPIEM

Salam. Jabatan Amal Jariah Yayasan Pembangunan Ekonomi ISlam (YaPIEM) akan memberi sumbangan kepada pelajar miskin yang cemerlang dan memperolehi CGPA 3.00 ke atas. Sila dapatkan borang permohonan di HEP dan berurusan dengan En. Ismail Shaari untuk mengambil dan menghantar borang di kaunter A.
Tarikh tutup: 15/8/11 (Isnin)
P/S: Temuduga akan diadakan untuk memilih yang betul-betul memerlukan dan layak.

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Perjumpaan MPP dan presiden kelab dan persatuan UiTM Perlis

PERHATIAN :

PERJUMPAAN DUA HALA MPP BERSAMA PRESIDEN/WAKIL PERSATUAN DAN KELAB DALAMAN UiTM PERLIS SESI 2011/2012


TARIKH : 11 OGOS 2011
HARI : KHAMIS
MASA : 10.30 MALAM
TEMPAT : BILIK MPP


KEHADIRAN ANDA ADALAH DIWAJIBKAN UNTUK MEMUDAHKAN PROSES AKTIVITI PERSATUAN ANDA PADA SEMESTER HADAPAN

SEBARANG PERTANYAAN ATAU MASALAH SILA BERURUSAN DENGAN SAUDARA MOHAMAD ZAID BIN ABU BAKAR DI BILIK GERAKAN MPP ATAUPUN HUBUNGI BELIAU DI TALIAN 0135025184...SEKIAN TERIMA KASIH


~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Friday, August 5, 2011

KEMPEN KESEDARAN SERTA PENCEGAHAN KANSER SERVIK DAN BARAH PAYUDARA DI KALANGAN WANITA MASA KINI

Assalamualaikum.Jemputan ke:
“KEMPEN KESEDARAN SERTA PENCEGAHAN KANSER SERVIK DAN BARAH PAYUDARA DI KALANGAN WANITA MASA KINI”
Hari: Sabtu
Tarikh: 6/8/11
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Semarak
Semua warga UiTM dijemput hadir.
P/S: Stiker MPP disediakan.

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Monday, August 1, 2011

Waktu perniagaan sepanjang bulan Ramadhan

Waktu perniagaan dalam kampus dan kelonggaran waktu yang diizinkan pelajar berada di luar premis asrama sepanjang bulan Ramadhan
  1. Bazar Ramadhan mula dibuka pada 1 Ogos hingga 29 Ogos 2011 dan waktu perniagaan ditentukan mulai jam 4.00 petang hingga masuk berbuka. Peniaga perlu mengosongkan premis perniagaan kampus tidak lewat daripada 9.00 malam.
  2. Gerai medan selera (Gerai oren dan premis baru) beroperasi mulai jam 4.00 petang sehingga jam 2.00 pagi dikhususkan kepada pelajar-pelajar siswa dan pelajar-pelajar siswi kolej Beringin sahaja untuk mendapatkan kemudahan makanan sahur. Bagi pelajar siswi kediaman Kesinai dan Dahlia, mereka perlu berada dalam premis asrama masing-masing sepertimana biasa tidak lewat dari jam 11.00 malam.
  3. Gerai di Anjung Siswa khususnya Syarikat Hafifah diizinkan berniaga sehingga jam 12.00 malam bagi membolehkan pelajar membeli bekalan makanan.
  4. Pihak keselamatan akan membuat rondaan dengan lebih kerap di kawasan-kawasan premis bagi memastikan tiada pelanggaran peraturan berlaku dan semua yang berurusan dalam kampus (pelajar dan peniaga) mematuhi peraturan yang sedia ada berkuatkuasa.


~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

Serangga Charlie

Serangga Charlie

Assalamualaikum w.b.t.

Serangga bernama Charlie ini telah menjadi isu dalam kalangan penghuni kolej UiTM Perlis.

Serangga ini dikenali bukan kerana sengatan atau gigitannya, sebaliknya dikenali kerana bahayanya apabila serangga ini apabila bersentuhan dengan kulit manusia.  Malah cecair yang ada pada serangga ini juga beracun dan telah menyebabkan beberapa pelajar mengalami gatal-gatal, luka yang parah serta meninggalkan kesan parut pada permukaan kulit.

Umumnya, serangan demi satu serangan serangga ini terjadi berikutan lokasi UiTM Perlis yang terletak di atas bukit.

Berikut merupakan sedikit sebanyak informasi berhubung serangga charlie yang diperolehi melalui sumber artikel dari Portal Rasmi Majlis Perbandaran Seberang Perai di link:  http://www.mpsp.gov.my/includes/Article.asp?ID=116&Context=2002&Lan=1

Maklumat serangga



Nama umum                           Rove Beetle
Kelas                                      Serangga
Keluarga                                Staphylinidae
Spesis                                    Paederus fuscipesCurtis
Nama lain                               Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dan lain-lain

Serangga ini dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri berikut:

1.  Panjang kurang daripada 1cm

2.  Badan serangga berwarna hitam dan oren berselang seli.  Kepala dan abdomen atas berwarna hitam.

3.  Mempunyai sepasang sayap lutsinar, yang dilipat rapi.

4.  Kelihatan seperti semut yang merayap dalam keadaan biasa.

5.  Menaikkan hujung ekornya seperti keadaan kala jengking ketika terasa terancam



6.  Boleh terbang dan berlari di atas permukaan air.



Serangga ini bahaya kerana:

Cecair haemolymph yang ada pada seluruh badan serangga kecuali sayap mempunyai toxin yang dinamakan ‘pederin’ (C24H43 ON).  Toxin ini antara toxin sentuhan serangga yang paling berbisa.

Antara luka-luka akibat serangga Charlie:




Langkah Berjaga-jaga dan Tindakan

Sentuhan boleh terjadi secara sengaja mahupun tidak sengaja, samada ketika berjaga mahupun tidur.  Oleh itu, berikut merupakan langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar ke arah pencegahan.

1. Mengurangkan penggunaan lampu kerana serangga ini mudah tertarik kepada cahaya lampu.

2. Tutup kesemua pintu dan tingkap sewaktu musim charlie melanda.  Tutup tingkap dan pintu apabila tiba waktu petang.

3. Menggunakan perangkap nyamuk, repellent dan lain-lain.

4. Tidak duduk berhampiran lampu atau cahaya.

5.  Memastikan kedaan katil baik dan tiada serangga sebelum tido.

Sekiranya terjumpa dan ingin membunuhnya, maka:

1.  Memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang, kerana dikhuatiri akan terbang dan bersentuh dengan kulit.

2. Jangan memicit dengan jari atau mengetuk dengan tangan

3.  Apa-apa cara sekalipun yang membawa sentuhan dengan serangga tersebut.  Cuba hindari dengan menggunakan kertas,kain, selotape dan lain-lain untuk membunuhnya.

Sekiranya anda sedar bahawa anda telah diserang oleh serangga tersebut, maka:

1.  Jangan sentuh permukaan yang telah dilalui serangga

2.  Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan, UiTM Perlis

Sekiranya luka telah sembuh sepenuhnya, parut luka bolehla dirawat dengan menggunakan sebarang produk yang boleh membantu proses menghilangkan parut luka.

Kami berharap agar dengan adanya maklumat ini, dapat membantu para pelajar mengenalpasti serangga ini dan mengambil tindakan dan langkah berjaga-jaga dengan sewajarnya.

Sekian daripada kami.  Wassalam.

-Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Perlis
Sumber: -Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Puncak Alam

PS: jangan sesekali sentuh charlie, jika nmpk guna selofan tape atau apa2 medium lain utk buang charlie atau x bg dia lari. dont ever kill a charlie with bare hands. jika terkena fluid dr bdn charlie tu, cepat2 cuci dgn air n guna aloe vera. -Sumber: Sahabat FB


~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

------------------------------------
Here is how to get sponsored to travel London during the Olympics
 http://says.com/recommendations/samsung-olympics
------------------------------------