Thursday, August 25, 2011

Ucapan hari raya MPP UiTM Perlis

Assalamualaikum wbt.

Kami barisan MPP UiTM Perlis ingin mengucapkan selamat berhari raya dan selamat pulang ke kampung halaman kepada seluruh warga UiTM Perlis. Kami ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami berada di sini. Semoga sihat sejahtera disamping keluarga tersayang dan selamat kembali ke UiTM semula selepas raya. Mari manfaatkan malam-malam terakhir ini untuk beribadah di bulan Ramadhan. Semasa hari raya jangan lupa sama-sama solat hari raya dan berjimat cermat semasa musim perayaan serta puasa enam.
P/S:Jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir.
P/S/S: Jangan main mercun. :]

~Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin~

Daripada: MPP UiTM Perlis Sesi 2011/12

~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

No comments:

Post a Comment