Monday, August 1, 2011

Waktu perniagaan sepanjang bulan Ramadhan

Waktu perniagaan dalam kampus dan kelonggaran waktu yang diizinkan pelajar berada di luar premis asrama sepanjang bulan Ramadhan
  1. Bazar Ramadhan mula dibuka pada 1 Ogos hingga 29 Ogos 2011 dan waktu perniagaan ditentukan mulai jam 4.00 petang hingga masuk berbuka. Peniaga perlu mengosongkan premis perniagaan kampus tidak lewat daripada 9.00 malam.
  2. Gerai medan selera (Gerai oren dan premis baru) beroperasi mulai jam 4.00 petang sehingga jam 2.00 pagi dikhususkan kepada pelajar-pelajar siswa dan pelajar-pelajar siswi kolej Beringin sahaja untuk mendapatkan kemudahan makanan sahur. Bagi pelajar siswi kediaman Kesinai dan Dahlia, mereka perlu berada dalam premis asrama masing-masing sepertimana biasa tidak lewat dari jam 11.00 malam.
  3. Gerai di Anjung Siswa khususnya Syarikat Hafifah diizinkan berniaga sehingga jam 12.00 malam bagi membolehkan pelajar membeli bekalan makanan.
  4. Pihak keselamatan akan membuat rondaan dengan lebih kerap di kawasan-kawasan premis bagi memastikan tiada pelanggaran peraturan berlaku dan semua yang berurusan dalam kampus (pelajar dan peniaga) mematuhi peraturan yang sedia ada berkuatkuasa.


~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

2 comments:

  1. kenapa pelajar kesinai tak boleh p gerai oren?

    ReplyDelete
  2. Sebab Kesinai sudah ada dewan makan Izahaton.Sebab lain adalah keselamatan pada waktu pagi2 tersebut...

    ReplyDelete