Serangga Charlie
Serangga bernama Charlie ini telah menjadi isu dalam kalangan penghuni kolej UiTM Perlis.
Serangga ini dikenali bukan kerana sengatan atau gigitannya, sebaliknya dikenali kerana bahayanya apabila serangga ini apabila bersentuhan dengan kulit manusia. Malah cecair yang ada pada serangga ini juga beracun dan telah menyebabkan beberapa pelajar mengalami gatal-gatal, luka yang parah serta meninggalkan kesan parut pada permukaan kulit.
Umumnya, serangan demi satu serangan serangga ini terjadi berikutan lokasi UiTM Perlis yang terletak di atas bukit.
Berikut merupakan sedikit sebanyak informasi berhubung serangga charlie yang diperolehi melalui sumber artikel dari Portal Rasmi Majlis Perbandaran Seberang Perai di link: http://www.mpsp.gov.my/includes/Article.asp?ID=116&Context=2002&Lan=1
Maklumat serangga
Nama umum Rove Beetle
Kelas Serangga
Keluarga Staphylinidae
Spesis Paederus fuscipesCurtis
Nama lain Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dan lain-lain
Serangga ini dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri berikut:
1. Panjang kurang daripada 1cm
2. Badan serangga berwarna hitam dan oren berselang seli. Kepala dan abdomen atas berwarna hitam.
3. Mempunyai sepasang sayap lutsinar, yang dilipat rapi.
4. Kelihatan seperti semut yang merayap dalam keadaan biasa.
5. Menaikkan hujung ekornya seperti keadaan kala jengking ketika terasa terancam
6. Boleh terbang dan berlari di atas permukaan air.
Serangga ini bahaya kerana:
Cecair haemolymph yang ada pada seluruh badan serangga kecuali sayap mempunyai toxin yang dinamakan ‘pederin’ (C24H43 O9 N). Toxin ini antara toxin sentuhan serangga yang paling berbisa.
Antara luka-luka akibat serangga Charlie:
Langkah Berjaga-jaga dan Tindakan
Sentuhan boleh terjadi secara sengaja mahupun tidak sengaja, samada ketika berjaga mahupun tidur. Oleh itu, berikut merupakan langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar ke arah pencegahan.
1. Mengurangkan penggunaan lampu kerana serangga ini mudah tertarik kepada cahaya lampu.
2. Tutup kesemua pintu dan tingkap sewaktu musim charlie melanda. Tutup tingkap dan pintu apabila tiba waktu petang.
3. Menggunakan perangkap nyamuk, repellent dan lain-lain.
4. Tidak duduk berhampiran lampu atau cahaya.
5. Memastikan kedaan katil baik dan tiada serangga sebelum tido.
Sekiranya terjumpa dan ingin membunuhnya, maka:
1. Memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang, kerana dikhuatiri akan terbang dan bersentuh dengan kulit.
2. Jangan memicit dengan jari atau mengetuk dengan tangan
3. Apa-apa cara sekalipun yang membawa sentuhan dengan serangga tersebut. Cuba hindari dengan menggunakan kertas,kain, selotape dan lain-lain untuk membunuhnya.
Sekiranya anda sedar bahawa anda telah diserang oleh serangga tersebut, maka:
1. Jangan sentuh permukaan yang telah dilalui serangga
2. Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan, UiTM Perlis
Sekiranya luka telah sembuh sepenuhnya, parut luka bolehla dirawat dengan menggunakan sebarang produk yang boleh membantu proses menghilangkan parut luka.
Kami berharap agar dengan adanya maklumat ini, dapat membantu para pelajar mengenalpasti serangga ini dan mengambil tindakan dan langkah berjaga-jaga dengan sewajarnya.
Sekian daripada kami. Wassalam.
-Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Perlis
Sumber: -Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Puncak Alam
PS: jangan sesekali sentuh charlie, jika nmpk guna selofan tape atau apa2 medium lain utk buang charlie atau x bg dia lari. dont ever kill a charlie with bare hands. jika terkena fluid dr bdn charlie tu, cepat2 cuci dgn air n guna aloe vera. -Sumber: Sahabat FB
~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~
------------------------------------
Here is how to get sponsored to travel London during the Olympics
http://says.com/recommendations/samsung-olympics
------------------------------------
de org ckp kalau kna charlie nie mesti lap pd rmbut... cth: kalau tgn kena charlie lap je pd rmbut sbb rmbut 2 alkali... PEDERIN 2 acid... so t dia neutral la...(btul ke x 2 xthu la tp x penah jd teruk la walaupun selelu kena atas mesin padi)
ReplyDeletep/s: sekadar berkongsi
dah mcm short note biologi
ReplyDelete