Monday, January 9, 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN UiTM (PENERAPAN SEMESTER AKHIR DIPLOMA UiTM KE IJAZAH SARJANA MUDA UiTM) 2012/2013

PERMOHONAN KEMASUKAN UiTM (PENERAPAN SEMESTER AKHIR DIPLOMA UiTM KE IJAZAH SARJANA MUDA UiTM) 2012/2013
·        sesi pengajian September 2012
·        telah dibuka mulai 9hb Januari hingga 10 Februari 2012
·        pelajar perlu beli no. slip di BSN (RM10.00)
·        layari http://online.uitm.edu.my utk membuat permohonan secara on-line
Fakulti
Maklumat Penerapan
Kejuruteraan Kelayakan CGPA minima utk ISM Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA)
EC220 (Shah Alam ) dan  EC221 (Pulau Pinang ) ialah 2.5 atau 2.75
Sains Geomatik Syarat siswa-siswi program Diploma AP120, AP121 & AP122 untuk layak memohon program penerapan:

·        CGPA selepas sem 3 sekurang-kurangnya 3.0
·        Boleh mohon ke program AP220 sahaja
·        Masuk ke semester 2 AP220
·        Hanya ditawarkan di UiTM Shah Alam.
Fakulti Sains Gunaan ·        keperluan CGPA yg minimum adalah 3.00
·        semester kemasukan bergantung kepada program ISM yg dipohon, ada yg boleh terus ke semester 2 ISM , tetapi ada juga yg mesti masuk ke semester 1 ISM.
·        Bukan semua program ISM   menerimapakai program penerapan ini.
Perakaunan (1) keperluan minima UiTM, CGPA > 3.0
Students must have completed diploma Semester 1, 2 & 3 and the latest news from Faculty of Accountancy Shah Alam is that they would like to increase CGPA to > 3.5

(2) ISM part 2
Fakulti Perakaunan UiTM  Perlis  akan ujudkan satu kelas jika pelajar yang berjaya ke penerapan  melebihi 13 orang.
Maknanya, mereka akan ke cawangan lain.

(3) Bachelor in Accountancy
     
at the moment DAIS students cannot enter Bachelor in Accountancy.

(4) Fast track telah ada di Shah Alam, kemasukannya ialah dari SPM
Kami, pensyarah perakaunan amat tidak menggalakkan pelajar membuat penerapan kerana banyak keburukan dari kebaikan untuk pelajar itu sendiri.
sebagai alternatif, kami akan ujudkan semula program BESTARI ....shorten Diploma dari 3 tahun ke 2 1/2 tahun.
Sains sukan Berikut adalah maklumat bagi program penerapan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi

1.        Keperluan CGPA minima untuk mohon : = / >3.00 ( CGPA akhir peperiksaan semester 3)
2.        Semester kemasukan ke program ISM :kemasukan ke semester 2 ISM
3.         Program-program  ISM mana yang boleh pohon :
Program program yang tertakluk dibawah program fakulti sahaja. Bagi FSR program yang ditawarkan ialah : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) - SR221
                           : Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) – SR223


4.        Lain-lain maklumat :
i)        Para pelajar yang memohon adalah bebas dari segala tindakan tatatertib atau kesalahan disiplin semasa pengajian diperingkat diploma.(semester 1,2 dan 3)
ii)        Para pelajar hendaklah memohon secara online melalui student portal apbila skrin penawaran dibuka.
iii)        Para pelajar yang merasakan dirinya layak dengan mengangarkan CGPA bagi peperiksaan semester 3 melebihi 3.00 adalah layak memohon.
iv)        Penawaran akan diberikan jika layak dan pelajar akan diberi pilihan menerima atau tidak. Jika menerima, sistem terus memadam nama pelajar dalam senarai pelajar Diploma sedia ada dan pelajar dikehendaki mendaftar ke kemasukan kalender ISM terdekat (akan dimaklumkan) di kampus yang ditawarkan. Bagi FSR hanya akan ditawarkan di Kampus Shah Alam.
v)        Tidak dibenarkan / tiada laluan untuk kembali ke program diploma jika sudah klik pada butang ‘terima’ penererapan ISM.
vi)        Pelajar yang layak akan menerima status taraf ‘Lulus naik taraf’ shj. (Tiada diploma).
vii)        Jika gagal di peringkat ISM tersebut maka gagalah pengajian ISM. (maka tiada diploma dan Ijazah)
viii)        Pelajar pelajar adalah digalakkan untuk berbincang dengan pensyarah juga ibu bapa sebelum membuat keputusan tersebut.
Agro-Technology 1.        CGPA minima ialah 3.0
2.        Semester kemasukan ialah Semester 2
3.        Program yang boleh dipohon ialah Ijazah Sarjana Sains (Kep.) Teknologi dan Pengurusan Perladangan
Pengurusan Perniagaan
1.        Semua pelajar program Diploma BM111, 112 dan 114 yang berada di UiTM Perlis layak memohon untuk mengikuti penerapan dengan berpandukan kepada syarat-syarat berikut:-
i)        Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.0 pada semester ketiga ii)        TIDAK pernah GAGAL atau mengulang mana-mana kod pada semester 1, 2 atau 3
iii)        Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib seperti mendapat ZZ untuk mana-mana kod ataupun digantung pengajian.
2.        Pelajar-pelajar dari BM111, BM112 dan BM114 boleh memohon untuk masuk ke mana-mana 11 program Ijazah SarjanaMuda yang ditawarkan dibawah Fakulti Pengurusan Perniagaan seperti :-
·        BM216
·        BM220
·        BM221
·        BM222
·        BM223
·        BM224
·        BM225
·        BM226
·        BM228
·        BM229
·        BM230
3.        Pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk mohon Ijazah sarjanamuda yang ditawarkan oleh  Fakulti selain Fakulti Pengurusan Perniagaan.
4.        Kampus pengajian  berdasarkan kepada tawaran.  
5.        Pelajar-pelajar yang berjaya akan ditawarkan terus ke Part 2 peringkat ijazah SarjanaMuda dan akan mendapat Ijazah Sarjanamuda dalam tempoh 2 ½ tahun.
6.        Pelajar-pelajar hanya akan mendapat pengecualian kredit untuk kod-kod universiti sahaja.  

Beli No. Slip BSN kategori PENERAPAN
Log in: Student Portal
Klik STUDENT MENU   
Klik Application for Continuation of Studies
Klik PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

------------------------------------
Here is how to get sponsored to travel London during the Olympics
 http://says.com/recommendations/samsung-olympics
------------------------------------
~Kebersamaan Dalam Merealisasikan Idealisme Mahasiswa~

No comments:

Post a Comment